Berita | Mangsa banjir dapat sumbangan perabot daripada Zuraida
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Sedikit kelegaan buat mangsa banjir di Kampung Pinggir Tiga Lembah Jaya apabila mendapat sumbangan 147 set perabot, hari ini.
Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin menyampaikan ucapan terima kasih kepada beberapa syarikat perkayuan tempatan yang turut serta menghulurkan sumbangan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada High Value Enterprise Sdn Bhd, Marcoco Furniture Industrise Sdn Bhd, Eurospan Furniture Sdn Bhd dan United Woodwork & Constructions (M) Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan”.
Sumbangan disampaikan di Dewan Lembah Permai, Ampang dan turut dihadiri oleh beberapa keluarga penerima sumbangan perabot tersebut, tengahari tadi.
Sebelum ini, Kampung Pinggir Tiga Lembah Jaya menjadi salah satu kawasan yang teruk dinaiki air akibat banjir yang berlaku pada 22 November lalu. – PPI
kredit foto: FB Zuraida Kamaruddin