Berita | Pelajar Atah diumum anak angkat SME Corp Malaysia

Kuala Lumpur: SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) mengumumkan pengambilan pelajar Akademi Tahfiz Al-Hidayah (Atah) sebagai anak angkat.

Pengerusi SME Corp Malaysia Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata, program itu adalah pertama kali dilaksanakan SME Corp.

“Perancangan untuk melaksanakan pengambilan anak angkat ini sudah lama namun kami mengambil masa untuk meneliti sekolah tahfiz mana yang sesuai dan lebih dekat untuk kami uruskan di Lembah Klang.

“Daripada segi dana pula, kami mempunyai lebih 2,400 syarikat yang berdaftar di bawah SME Corp dan kami akan memaklumkan kepada mereka sekiranya ada yang ingin menderma khususnya apabila kedatangan Ramadan.

“Kami juga amat mengalu-alukan sekiranya ada syarikat yang berkemampuan untuk memberikan sumbangan kepada pusat tahfiz ini,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Amal Akademi Tahfiz Al-Hidayah, di Jalan Gurney, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, wang tunai sebanyak RM25,000 berserta barangan keperluan harian hasil sumbangan bersama antara Kelab SME Corp Malaysia bersama sektor korporat iaitu Syarikat Pointray (M) Sdn Bhd dan MGV Industries Sdn Bhd disampaikan.

Syed Hussien berkata, sekiranya diberikan peluang dan kelebihan pada masa akan datang, pihaknya akan mencari dua pusat tahfiz di sekitar Lembah Klang untuk diuruskan.

Sementara itu, Pengasas Atah, Roslailawati Mohamad melahirkan kesyukuran atas sumbangan serta inisiatif diambil SME Corp bagi mengambil pelajar di Atah sebagai anak angkat.

“Alhamdulillah saya amat berbesar hati dan tak sangka dalam keadaan yang tertekan sejak pandemik Covid-19 ini, Allah SWT mendatangkan rezeki yang besar buat kami.

“Menerusi sumbangan ini, kami dapat menyelesaikan masalah kewangan dan bayaran sewa yang tertunggak,” katanya.

Roslailawati berkata, pihaknya juga berterima kasih dan mengalu-alukan sekiranya ada syarikat korporat atau badan bukan kerajaan (NGO) yang sudi untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kepada mereka. – Harian Metro

oleh: Hajar Umira Md Zaki

kredit foto: HM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: