Berita | Agong tinjau situasi banjir di ibu kota
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam, berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda sejak 24 jam yang lalu.
Menerusi hantaran di Facebook (FB) Istana Negara, hari ini, Seri Paduka sudah berkenan menuruni kenderaan baginda di jalan susur menghala Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Baginda meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan berkenaan.
“Keberangkatan Seri Paduka Baginda bercemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” kata kenyataan di FB Istana Negara. – Harian Metro
oleh: Amir Abd Hamid