Berita | Beberapa jalan di pusat bandar masih ditutup

Kuala Lumpur: Beberapa jalan di pusat bandar masih ditutup dan dilencongkan akibat banjir manakala proses pembersihan jalan sedang giat dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, jalan masih ditutup adalah Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim, Jalan Rahmat, Jalan Sentul Manis, Jalan Pahang Barat dan Smart Tunnel.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan menggunakan Jalan Tun Razak untuk ke pusat bandar.

“Pihak polis ingin menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengelakkan dari menggunakan atau melalui jalan terbabit dengan lencongan dan penutupan serta patuhi arahan anggota polis bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas sentiasa lancar dan terkawal.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03–20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03–20260267/69 atau mana-mana balai Polis berhampiran,” katanya. – Harian Metro

oleh: Muhaamad Hafis Nawawi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: