Berita | Eain Yow tamatkan kemarau 10 tahun

PEMAIN skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow mengotakan janjinya setelah berjaya menamatkan kemarau selama sedekad Malaysia untuk menjuarai Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan, hari ini.

Eain Yow yang juga pilihan utama kejohanan, menewaskan pemain nombor 49 dunia, Yip Tsz Fung dari Hong Kong, 11-6, 13-11, 11-9 dalam masa 34 minit untuk dinobatkan sebagai juara kategori lelaki.

Ini juga merupakan kemenangan pertama Eain Yow dalam kejohanan itu selepas membantu Malaysia merangkul Kejohanan Berpasukan Asia, pada awal bulan ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2018, Mohd Nafiizwan Adnan merupakan rakyat Malaysia terakhir memenangi kejuaraan lelaki pada 2011.

Sementara itu, pemain nombor 39 dunia Rachel Arnold gagal membawa merangkul gelaran juara wanita untuk Malaysia apabila tewas kepada Tong Tsz Wing, juga dari Hong Kong, 8-11, 11-13, 5-11.

Ratu skuasy yang juga juara sembilan kali kejohanan Asia, Datuk Nicol Ann David ialah pemain wanita negara terakhir yang memenangi kejohanan itu pada 2015. – Bernama

kredit foto: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: