Berita | Ekonomi kitaran jadikan Malaysia sejahtera – Zuraida

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Konsep ekonomi kitaran menjadi fokus Datuk Zuraida Kamaruddin selaku menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi memastikan ekonomi Malaysia terutamanya industri agrikomoditi terus mampan.

Konsep ini juga secara tidak langsung adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan industri dan mengguna pakai semula sisa bahan agrikomoditi yang boleh ditambah nilai menjadi produk yang baru.

“Konsep ekonomi sirkular ini bukan sahaja dapat mencipta nilai tambah berasaskan biojisim yang ada, malahan dapat juga mengurangkan kadar pelepasan karbon dan sisa buangan tak terpakai,” menurut satu kenyataan di laman sosial beliau.

Zuraida juga berkata konsep Ekonomi Kitaran Agrikomoditi (ACE) telah pun dilaksanakan kementerian beliau dengan penggunaan batang kelapa sawit dan isirung sawit sebagai bahan alternatif.

“Antara yang kita laksanakan iaitu penggunaan batang kelapa sawit sebagai bahan mentah produk perkayuan dan menggantikan makanan ayam dengan isirung sawit”.

Beliau juga berpendapat, konsep ekonomi sirkular seharusnya dijadikan perhatian utama jika Malaysia mahu menjadi negara yang berjaya.

“Saya sangat optimis jika Malaysia mahu menjadi sebuah negara yang maju dan sejahtera maka ekonomi kitaran adalah kuncinya.” – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: