Berita | Pulau Pinang catat peningkatan penglibatan wanita muda dalam keusahawanan

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencatatkan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam penglibatan wanita muda yang menyertai bidang keusahawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Abdul Halim Hussain berkata peratusan itu mula meningkat sejak setahun lepas apabila sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat.

Katanya pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bahawa peningkatan peratusan itu turut dipengaruhi oleh individu yang mula menjalankan perniagaan selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Walaupun begitu, terdapat sesetengah usahawan wanita muda kita yang berjaya mengekalkan momentum perniagaan dengan baik.

“Namun, ada sebahagian daripadanya yang sedang bergelut setelah melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita melihat terdapat peningkatan penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan.

“Pada masa ini, kerajaan negeri giat mengumpulkan data daripada agensi kebangsaan dan negeri untuk mengkaji bentuk langkah atau bantuan seterusnya untuk membantu mereka (usahawan) pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembukaan rasmi PUMM Entrepreneurs Home di sini semalam.

Katanya antara langkah terawal yang akan diambil oleh kerajaan negeri pada tahun depan ialah menggalakkan usahawan baharu terutamanya usahawan muda untuk menyertai persatuan perniagaan berikutan peratusan anak muda menyertai persatuan tersebut amat rendah.

Abdul Halim berkata jika menyertai persatuan perniagaan tertentu, mereka akan mendapat lebih banyak tunjuk ajar dari segi proses membuka perniagaan, ilmu perdagangan dalam talian selain dapat menyuarakan pendapat atau isu sebagai sebuah komuniti. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: