Berita | Banjir: 40 sukarelawan belia Perak bantu mangsa di Selangor

IPOH: Prihatin dengan nasib yang menimpa ribuan mangsa banjir di negeri Selangor, seramai 40 sukarelawan belia dari Perak dihantar untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Mereka bersama 10 buah kenderaan membawa barangan keperluan asas untuk memberi bantuan awal.

Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, inisiatif itu adalah usahasama MAYC Perak dan Majlis Belia Daerah Larut Matang.

“Proses ini proses awalan iaitu mereka menghantar dulu bekalan untuk kita membantu keperluan awal dan juga mereka mengenal pasti lokasi-lokasi yang akan mereka buat susulan, khususnya untuk membuat dalam konteks pasca banjir.

“Kami di negeri Perak, saya selaku Exco Belia Negeri Perak memang menzahirkan rasa simpati kepada sahabat-sahabat kita, keluarga-keluarga kita yang ada di Selangor dan juga negeri-negeri lain yang menghadapi bencana yang kita tak jangka langsung,” katanya.

Beliau ditemui ketika melepaskan konvoi sukarelawan ke Selangor di Ipoh pada Ahad malam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Larut Matang, Ibnu Rasyeed Mat Isa berkata, mereka akan ke Meru, Klang untuk menghantar bantuan segera yang diperlukan.

“Ini antara langkah pertama dulu untuk kita pergi hantar bantuan segera iaitu makanan dan juga keperluan asas seperti lampin pakai buang, tuala wanita dan juga air mineral serta peralatan lain.

“Dan juga kita akan untuk langkah seterusnya kita akan membawa pasukan untuk pasca banjir, insyaAllah kita akan cuci dan bantu bagi membantu penduduk yang terkesan di sana,” katanya. – Awani

oleh: Abd Razak Mohd Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: