Berita | FOWCUS tingkat martabat dan peranan atlet wanita negara

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Foundation of Women Community in Sports Malaysia (FOWCUS) secara rasminya dilancarkan dalam satu majlis perasmian di Hotel Berjaya Times Square, pagi tadi.

Yayasan tersebut telah dirasmikan oleh Penasihat FOWCUS, Ybhg Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria yang juga merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia.

Hadir bersama YB Datuk Zuraida Kamaruddin, menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) selaku presiden dan pencetus penubuhan FOWCUS menyatakan hasrat untuk melihat yayasan ini menjadi platform untuk membentuk atlet wanita dan kanak-kanak perempuan yang mampu menjadi pemimpin masyarakat satu hari nanti.

“Atlet-atlet wanita kita sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menjadi pemimpin masyarakat. Ini kerana menjadi pemimpin memerlukan stamina, semangat yang tinggi, daya tahan dan daya saing. Sifat-sifat ini telah sedia ada dalam diri atlet-atlet wanita negara,” katanya dalam ucapan aluan majlis perasmian FOWCUS tadi.

Zuraida juga dalam ucapannya, yakin atlet negara mampu menjadi model contoh yang baik kepada anak muda.

“Saya percaya atlet kita, terutamanya atlet wanita mampu menjadi contoh yang baik untuk membentuk generasi masa hadapan negara.”

Antara objektif utama FOWCUS adalah untuk menjamin perlindungan dan keselamatan serta mewujudkan lebih banyak peluang penyertaan atlet wanita dan kanak-kanak perempuan di peringkat tempatan dan antarabangsa. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: