Berita | Wanita sakit hendak bersalin berdepan detik cemas

SHAH ALAM – Seorang wanita sakit hendak bersalin antara mangsa banjir yang berjaya dipindahkan dalam operasi menyelamat di Taman Seri Muda di sini sejak Ahad malam.

Berkongsi perkara itu, badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Peduli Ummah (Si Peduli) memaklumkan wanita terbabit berdepan detik mencemaskan sebelum berjaya dibawa ke tempat lebih selamat.

Ahli Si Peduli yang menggunakan nama Tan Sri Hasbullah Halil berkata, wanita dalam kesakitan itu berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir dengan menaiki bot.

“Bayangkan, saat-saat kecemasan begini, dalam keadaan banjir besar melanda ibu ini dalam kesakitan hendak bersalin dibawa keluar dengan susah payah menaiki bot.

“Selepas melalui detik-detik cemas dia berjaya dibawa ke Hospital (Shah Alam) dengan selamat hasil kerjasama bersama orang ramai dan NGO termasuk team Si Peduli.

“Terima kasih banyak kepada sukarelawan dan anggota-anggota beruniform yang banyak membantu,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Isnin.

Sehingga pagi Isnin, kerja-kerja menyelamat mangsa terkandas di kawasan Taman Seri Muda diteruskan pihak berkuasa terbabit dengan bantuan sukarelawan dan pelbagai NGO.

Bagi membantu agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan ini turut tampil membawa kelengkapan menyelamat termasuk bot persendirian untuk membantu mangsa terkandas. – Sinar Harian

oleh: Mohd Azlim Zainury

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: