Berita | Empat daerah di Pahang dijangka terima limpahan air hulu sungai – Bomba

KUANTAN: Empat daerah, Temerloh, Bera, Maran dan Pekan, dijangka menerima limpahan air hulu sungai yang bakal mengakibatkan banjir lebih besar dalam masa terdekat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang Che Adam A Rahman berkata, pihaknya sudah bersedia dengan kemungkinan itu dan meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai supaya bersedia.

“Penduduk atau komuniti yang berisiko banjir kita sudah maklum awal mengenai kebarangkalian ini.

“Sekiranya ia (limpahan air sungai) turun ke Pekan nanti, sebahagian penduduk yang berhampiran dengan sungai, kawasan lembah dan sebagainya, mereka telah pun bersedia untuk dipindahkan bila-bila masa diperlukan,” katanya.

Menurut Che Adam, walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan dalam tempoh sehingga Sabtu (25 Dis) ini tiada hujan lebat yang boleh membawa kepada banjir, tetapi limpahan air dari hulu Sungai Pahang ke hilir tetap berlaku.

Sementara itu, beliau juga berharap mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan supaya merujuk kepada pihak penyelarasan bagi mengelak risiko pembaziran sumber manusia.

“Kita tak mahu berlaku seperti tahun 2013, 2014 dulu. Semua pergi satu tempat dan menyebabkan pembaziran dari segi sumber manusia,” katanya.

Beliau turut menasihati NGO supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard ketika melakukan kerja menyelamat pasca banjir.

“Insya-Allah kita cuba buat yang terbaik untuk kemaslahatan umat kita dan kebaikan semua pihak,” tambahnya. – Awani

kredit foto: Gambar Hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: