Berita | Satu kluster baharu di Jempol

SEREMBAN- Terdapat penambahan satu kluster baharu Covid-19 di laporkan di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Merpati Serting di Jempol menjadikan 11 kluster yang masih belum diisytiharkan tamat di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, 11 kluster itu membabitkan sembilan kluster tempatan dan dua kluster import.

“Kluster ini mula dilaporkan pada Selasa melibatkan sebuah pusat pengajian swasta di Jalan Merpati, Kampung Serting Ulu, Jempol.

“Ia bermula dengan saringan bergejala seorang kakitangan pusat pengajian itu pada 15 Disember yang positif,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, susulan itu, satu saringan melibatkan kesemua pelajar dan guru pada 18 Disember lepas dan sehingga Selasa seramai 45 orang disaring dan keputusan mendapati seramai 20 positif, 24 negatif dan seorang masih menunggu keputusan.

“Kesemua kontak rapat dan kes telah dikenalpasti dan telah diberikan arahan kuarantin.

“Pusat pengajian ini ditutup dari 18 sehingga 28 Disember ini dan aktiviti disinfeksi telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jempol,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, sehingga Selasa, jam 12 tengah hari, terdapat 95 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes berkenaan sebanyak 112,292 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak sebanyak 1,309,” katanya. – Sinar Harian

oleh: Norafidah Hassan

kredit foto: Gambar Hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: