Artikel | Banjir mengikat hati semua anak bangsa Malaysia

Di balik bencana ada seluas lautan rahmat tak terjangka. Ketika dinamik ekonomi-politik menyeret kepada politik primordial-perkaumanan, tanah air ini diuji dengan banjir.

Ketika laporan beberapa negeri dan kawasan sekitar Lembah Klang sudah dinaiki air, sekumpulan Punjabi dan sukarelawan pelbagai kaum bertungkus lumus memasak di Gurdwara Sahib, Petaling Jaya untuk diagihkan kepada mangsa banjir sekitar Lembah Klang.

Kata Presiden Gurdwara Sahib, Awtar Singh – Tanggungjawab manusia adalah membantu manusia lain kerana kita mempunyai prinsip agama untuk tolong orang yang kurang bernasib baik atau tidak bermaya.

Di Lembah Klang kian banyak masjid dibuka menjadi ruang perlindungan anak semua bangsa Malaysia.

Nazir Masjid At-Taqwa di Bukit Kapar, Selangor, Masadan Mohsin berkata orang bukan Islam juga turut berlindung di masjid itu sejak Sabtu lalu.

Masjid Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong pula menjadi penempatan lebih 200 mangsa pelbagai kaum. Dalam bencana ini kita saling sejuk dan saling kenal, itulah sebesar-besar rahmat. – PPI

oleh Rumi Rahman

kredit foto: FB Nallan Dhanabalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: