Berita | 49 lagi kes positif COVID-19 dikesan dijangkiti Omicron

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 49 lagi kes positif COVID-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Omicron, dengan satu daripadanya berkemungkinan daripada penularan tempatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penularan tempatan itu dikesan di Sarawak membabitkan lelaki warganegara China yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan sudah bekerja di negeri berkenaan sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki berkenaan menunjukkan gejala batuk sejak 13 Disember lalu dan melakukan ujian saringan COVID-19 lima hari kemudian sebelum disahkan positif COVID-19.

“Dia kemudian dikuarantin di Pusat kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Umum Sarawak dan dikesan mempunyai varian Omicron.

“Dia kini dalam keadaan stabil serta dua lagi kontak rapatnya membabitkan pemandu kenderaan serta seorang lagi adalah kontak sosial. Kedua-dua kontak rapat ini adalah negatif,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Dengan keputusan baharu itu, Khairy berkata jumlah kumulatif kes yang dikesan varian Omicron di negara ini adalah berjumlah 62 kes.

Dalam pada itu, Khairy berkata, lelaki berkenaan sudah mendapatkan vaksinasi COVID-19 lengkap dan keadaannya kini adalah masih stabil.

“Punca jangkitan belum dapat dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Berikutan pengesanan varian ini yang disyaki dalam penularan tempatan, Kerajaan Sarawak sudah memperkukuhkan kawalan pintu masuk antarabangsa dengan mewajibkan semua pengembara dari luar negara dikuarantin di Pintu Masuk Antarabangsa yang pertama di Malaysia sebelum dibenarkan untuk memasuki Sarawak atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Mereka juga diwajibkan memiliki keputusan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang negatif sebelum diberi pelepasan dari kuarantin,” katanya.

oleh: Noor Atiqah Sulaiman

kredit foto: CNBC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: