Berita | Banjir: Hulu Langat sesak, orang ramai, NGO bawa bantuan untuk mangsa

Laluan ke Hulu Langat sesak dengan kenderaan berpusu-pusu menghala ke lokasi bencana banjir sejak awal pagi ini.

Tinjauan Astro AWANI mendapati kesesakan bermula dari Batu 9,Hulu Langat iaitu laluan utama menuju ke lokasi bencana.

Kesesakan hampir 11 kilometer itu menyebababkan ramai pengguna merungut kerana terperangkap dan menjejaskan urusan mereka.

Kebanyakan kenderaan menggunakan laluan tersebut termasuk pacuan empat roda dan lori yang membawa barangan keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir selain kenderaan pengguna biasa.

Kesesakan berlaku dipercayai disebabkan orang ramai dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan kesempatan hari cuti umum Krismas dan hujung minggu untuk ke sana bagi menghulurkan bantuan.

Tinjauan juga mendapati terdapat beberapa anggota polis ditempatkan di beberapa lokasi di sepanjang laluan berkenaan bagi mengawal keadaan lalu lintas. – AWANI

oleh: Raja Hisyam Raja Said

kredit foto: FB Emma Idris/Foto Hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: