Berita | Duta Malaysia promosi silat di Kemboja

BANGKOK: Lengkap berbaju Melayu tradisional hitam beserta tengkolok, Duta Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim mempersembahkan teknik asas silat kepada sekumpulan guru dan pelajar Kemboja.

Kesibukan tugasnya tidak menghalang Eldeen Husaini untuk meluangkan masa menganjurkan bengkel “Mari Belajar Silat” di perkarangan kedutaan pada Jumaat yang antara lain bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan seni mempertahankan diri warisan tradisi Melayu itu.

Beliau menunjukkan teknik asas Seni Tari “Bunga Sembah” dan “Buah Pukulan”. Selain itu, peserta silat juga menunjukkan teknik pemakaian ‘tengkolok’ yang digunakan kaum lelaki sebagai kain penutup kepala.

“Silat adalah satu khazanah warisan budaya negara dan rantau ini yang masih kekal sehingga kini. Kami ingin berkongsi pengalaman seni silat kami dengan rakan sejawat kami dari Kemboja untuk mempromosikan warisan seni tradisional yang unik ini.

“Ia adalah sebahagian daripada diplomasi kebudayaan kedutaan yang amat kami bangga untuk perkenalkan kepada rakan di Kemboja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Eldeen Husaini berharap silat akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Kemboja dan warga asing, yang boleh menjadi pendorong kepada penubuhan sekolah atau pusat silat yang pertama satu hari nanti.

Pada 2019, silat telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan.

Sebelum ini, Eldeen Husaini telah mencuri perhatian tetamu ketika mempersembahkan tarian silat pada sambutan Hari Kebangsaan di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh Ogos lepas.

Video persembahan itu turut tular di media sosial dan menerima pujian atas usahanya mempromosikan dan mengekalkan seni mempertahankan diri itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: