Berita | Ulasan atas ulasan Amanah terhadap PBM

Ketika satu Malaysia rancak mengecam YB Hulu Langat yang sedap-sedap main salji ketika orang Hulu Langat berperang dengan lumpur banjir, terbit satu ulasan dari Pengerusi Biro Alam Sekitar Amanah, Raja Bahrin Shah mengecam penubuhan Parti Bangsa Malaysia sebagai kayangan yang tak reti membumi di Malaysiakini. Saya berdekah!

Ulasan politik sarat salah-menyalah seakan try hard nak tunjuk betapa hebatnya Amanah, sebuah parti yang tengah kena bantai dek netizen akibat seronok bersalji.

Ulas Raja Bahrin, “Parti Bangsa Malaysia yang baru ditubuhkan pula meneruskan majlis besar-besaran bagi menerima ahli baru…..Hanya Amanah yang membatalkan konvensyen tahunan mereka dan mengarahkan semua pemimpin dan ahli parti agar segera keluar membantu rakyat. Ia dibuat ketika Amanah sudah mengeluarkan belanja yang besar untuk membuat persediaan konvensyen nasional tersebut”.

Ulasan yang sangat poyo. Masuk bakul angkat sendiri. Setelah kutuk orang ini salah, orang itu salah, Raja Bahrin petik beberapa rakyat Malaysia yang viral membantu mangsa banjir walaupun mereka tidak ada kena mengena dengan Amanah, hatta bau-bau kentut sekalipun.

Kalau inilah sebuah propaganda parti menunggang musibah banjir, propaganda begini teramat sangat boring dan lebih penting, tidak membawa sebarang faedah ketika kalut dengan bencana.

Setidaknya, parti baru yang dikatakan sebagai kayangan yang tak membumi ini telah menyusun lebih 300 sukarelawan dari pelbagai bangsa membantu mangsa banjir di Lembah Klang manakala lebih 500 sukarelawan di negeri lain yang terbabit banjir.

Sungguh, mereka yang sibuk menyapu lumpur banjir tidak ada masa mengulas pasal Amanah yang boring dan tak relevan. Bak kata Luca Sikta, kosong yang tidak dihiraukan. – PPI

Oleh: Soren Boby

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: