Berita | Tekong utama seludup Pati di kawasan utara ditahan

Alor Setar: Seorang lelaki warga Myanmar yang bertindak sebagai ejen dan tekong darat yang membawa masuk pendatang tanpa izin (Pati) warga Myanmar dari sempadan Malaysia-Thailand ke negara ini akhirnya ditahan polis dalam serbuan di Pulau Pinang hari ini.

Lelaki berusia 42 tahun yang memiliki kad pelarian bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) itu ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bersama enam individu lain terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga Myanmar dalam serbuan jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berdasarkan maklumat risikan.

Menurutnya, tangkapan itu adalah susulan daripada penahanan tiga tekong darat warga tempatan bersama 13 Pati warga Myanmar di Napoh, Changlun, pada 22 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, hanya wanita Myanmar berusia 27 tahun itu mempunyai pasport manakala lima lelaki Myanmar berusia 20 hingga 43 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki yang juga suspek utama yang ditahan itu dipercayai ejen dan tekong utama di kawasan utara semenanjung yang menguruskan kemasukan Pati dari Myanmar.

Katanya, suspek mempunyai rangkaian dengan sindiket ejen di negara jiran yang akan menguruskan kemasukan lokasi Pati yang baru meloloskan diri ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

“Suspek dikatakan menghantar transporter untuk mengambil Pati di sempadan sebelum dibawa masuk ke negara ini,” katanya. – Harian Metro

oleh: Zuliaty Zulkiffli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: