Berita | Bantuan RM10,000 untuk waris korban banjir disegerakan – Siti Zailah

Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM10,000 untuk waris mangsa bencana banjir yang meninggal dunia akan disegerakan selepas semua proses permohonan lengkap, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Yusoff.

Beliau berkata waris mangsa banjir boleh mengemukakan permohonan bantuan kepada penghulu atau pegawai daerah yang terdekat.

“Selain menyediakan BWI bernilai RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR), kerajaan juga memperuntukkan RM10,000 kepada waris mangsa banjir yang sudah dikenal pasti meninggal dunia berpunca akibat banjir selepas mendapat pengesahan doktor dan ketua kampung.

“Bantuan ini sudah pun tersedia ada, cuma pihak kita perlu mengenal pasti penerima layak atau tidak layak, bantuan akan diberikan segera selepas selesai proses pengesahan menerusi pengagihan fasa pertama dan kedua,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis agihan BWI kepada 170 penerima daripada 700 mangsa banjir dalam Daerah Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Rantau Panjang, di Pasir Mas hari ini.

Di KUALA LUMPUR, Sebanyak 716 daripada 1,775 keluarga di ibu negara yang terlibat dalam bencana banjir, tanah runtuh dan kebakaran baru-baru ini telah menerima BWI RM1,000 setakat hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata selain BWI, mangsa bencana itu turut akan mendapat bantuan tambahan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan berjumlah RM300.

“Yang selebihnya akan menerima dalam masa terdekat,” katanya selepas menyampaikan BWI kepada mangsa bencana di Kampung Pasir Baru di sini, hari ini.

Shahidan berkata seramai 313 keluarga di Parlimen Lembah Pantai telah menerima bantuan itu pada hari ini melibatkan 298 keluarga mangsa banjir di kawasan Kampung Pasir Baru serta 15 keluarga lagi mangsa tanah runtuh di Bangsar Indah Kondominium, dengan peruntukan berjumlah RM313,000. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: