Berita | Amaran hujan berterusan tahap bahaya

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (bahaya) di Kelantan sehingga esok.

Berdasarkan laman web MET Malaysia, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Jeli.

Selain itu, MET Malaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (buruk), membabitkan empat kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Di Kelantan membabitkan kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu membabitkan kawasan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

MET Malaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) sehingga Sabtu ini di Perlis, Kedah di kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Di Perak membabitkan kawasan Hulu Perak, manakala di Kelantan di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu Bachok dan Pasir Puteh.

Di Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang; Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin serta di seluruh Johor.

Selain itu, hujan berterusan di jangka berlaku sehingga Ahad ini di Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. – Harian Metro

Oleh: Tuty Haryanti Mohd Rodzi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: