Berita | Nur Aisyah rampas jersi kebangsaan

Melaka: Biarpun berkesempatan menjalani latihan beberapa hari sebelum kejohanan, pelumba Terengganu A, Nur Aisyah Mohamad Zubir membuktikan kemampuannya apabila merampas Jersi Kebangsaan pada Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2021 hari ini.

Nur Aisyah, 24, menafikan peluang pelumba Johor A Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad untuk mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lalu setelah pelumba itu menamatkan saingan di tempat ketiga acara lepas beramai-ramai wanita elit.

Pelumba Terengganu muncul juara selepas tiba di garisan penamat dengan merekod masa tiga jam, 06 enam minit dan 03 saat, mengalahkan pelumba PDRM Jupha Somnet yang menduduki tempat kedua selepas melengkapkan perlumbaan sejauh 103.2 kilometer.

Menurut Nur Aisyah, kejayaan hari ini bagi menebus kekecewaan semalam yang menduduki tempat kedua acara ujian masa individu selain mendedikasi kemenangan itu buat jurulatihnya Syed Mohd Husaini Syed Mazlan.

“Alhamdulillah memang saya menyasarkan untuk menang pada perlumbaan hari ini. Semalam agak mengecewakan kerana gagal dapat tempat pertama dan beza hanya satu saat. Nampak jurulatih juga kecewa tetapi hari ini misi saya tercapai kerana mahu menang untuk beliau.

“Kemenangan ini juga dibantu dengan kerjasama rakan sepasukan yang memainkan peranan penting dan tanpa usaha keras mereka, saya tidak akan menang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nur Aisyah berkata sejak pusingan kedua beliau dan rakan sepasukan merancang untuk berpecah selain mereka turut membantu mengawal kayuhan dalam kumpulan hingga membolehkannya berada di tempat pertama pada garisan penamat.

Pelumba berasal dari Kemaman itu juga mengakui beliau tidak melakukan apa-apa persediaan untuk menghadapi kejohanan kali ini kerana kebiasaannya akan berlatih tiga bulan lebih awal untuk sebarang perlumbaan.

“Fokus saya ialah basikal trek dan memang tiada peluang seperti pelumba-pelumba lain yang sememangnya berlatih di jalan raya dan untuk datang ke kejohanan ini saya hanya sempat sekali berkayuh, tetapi rasa gembira kerana dapat capai sasaran.

“Kemenangan pada edisi kali ini juga menebus kekecewaan kejohanan tahun lepas apabila hanya menduduki tempat kedua disebabkan tidak cergas dan mengalami sedikit kekejangan pada perlumbaan itu,” katanya.

Sementara itu, dalam acara lebuh raya lelaki bawah 23 tahun (B-23), Wan Abdul Rahman Hamdan dari Terengganu Cycling Team muncul juara dengan catatan masa 3:52:32s sejauh 154.8 kilometer.

Beliau juga menewaskan dua pencabar terdekat iaitu Muhammad Yusri Saari dari Perak A dan Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo (Terengganu A) yang kedua-duanya mencatat masa 3:52:37s. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: