Berita | KKM kaji keperluan dos penggalak keempat

KUALA LUMPUR: Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan Omicron.null

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

“Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa

“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.

“Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini,” katanya kepada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini. – BH Online

Oleh: Luqman Arif Abdul Karim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: