Berita | Mangsa banjir di Segamat naik mendadak kepada 1,136 orang

SEGAMAT: Mangsa banjir di Segamat, Johor naik mendadak kepada 1,136 mangsa daripada 290 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam tadi.Ia berbanding hanya 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS pada jam 12 tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, ia termasuk penambahan 10 PPS yang baru dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19 PPS yang beroperasi, sehingga 5 petang tadi.

Jelasnya, jumlah mangsa banjir di daerah itu dijangka akan terus meningkat dengan lebih banyak PPS akan dibuka.

“PPS yang dibuka adalah di Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Paya Lebar dan Balai Raya Kampung Gelang Chinchin.

“Selain Sekolah Kebangsaan Tah Kang, Balai Raya Kampung Awat dan Balairaya Taman Bukit Lentang, Serta Balai Raya Kampung Jabi 1 dan Balai Raya Jalan Pemuda serta beberapa PPS yang lain.

“Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang yang menempatkan 267 mangsa daripada 73 keluarga, dan Sekolah Kebangsaan Batu Anam dengan 256 mangsa dari 70 keluarga,” Katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Dalam pada itu, daerah Tangkak turut merekodkan 31 mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak. – Awani

Oleh: Muhammad Aiman Hakeem

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: