Berita | Sungai Melaka lepasi paras bahaya

MELAKA: Hujan berterusan lebih 24 jam yang melanda Melaka menyebabkan empat sungai di negeri ini berada pada tahap bahaya, amaran dan waspada.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras stesen Sungai Melaka di Batu Hampar di sini menunjukkan status bahaya apabila bacaan paras air kini mencecah 2.48 meter melepasi paras maksimum iaitu dua meter.

Katanya, penduduk di sekitar stesen Sungai Duyong juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutan bacaan terkini paras air mencecah 1.62 meter.

Jelasnya, dua lagi stesen lagi dalam status waspada iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin dan Cheng.

Dalam pada itu, setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Alor Gajah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, empat kawasan yang terjejas banjir adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan dan Jalan Keretapi Lama.

“PPS Balai Raya Gadek telah dibuka pukul 3.30 pagi tadi. Kini menempatkan 15 mangsa daripada lapan keluarga.

“Kemudian PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan yang dibuka pukul 7 pagi tadi paling ramai menempatkan mangsa banjir dengan jumlah 81 orang melibatkan 21 keluarga.

“PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Jelatang pula masih dalam proses pendaftaran dan turut dibuka pukul 7 pagi tadi,” katanya di sini hari ini. – Utusan

Kredit foto: gambar hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: