Berita | Thailand juarai Piala AFF

Kuala Lumpur: Thailand kembali merampas gelaran ‘Raja’ bola sepak Asia Tenggara apabila berjaya menjulang Piala AFF selepas terikat 2-2 berdepan Indonesia dalam aksi final kedua, sekali gus mengesahkan kemenangan menerusi agregat 6-2 di Stadium Nasional Singapura, Kallang di Singapura, sebentar tadi.

Kejayaan skuad kendalian Alexandre Polking itu adalah yang keenam dalam sejarah bola sepak Thailand selepas turut memenanginya pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.nullnull

Sebaliknya, Indonesia terus hampa apabila terpaksa menggigit jari buat kali keenam di pentas final sejak pertandingan serantau itu dianjurkan pada 1996.

Indonesia yang tewas 4-0 dalam aksi final pertama Rabu lalu, mengejutkan penyokong Thailand seawal minit ketujuh hasil jaringan Ricky Kambuaya selepas rembatannya gagal ditampan kemas Siwarak Tedsungnoen.null

Gol itu nyata menyemarakkan lagi semangat anak buah Shin Tae-yong yang terus menekan kubu skuad Gajah Perang dengan beberapa siri serangan.null

Begitupun, skrip berbeza dipamerkan Thailand pada separuh masa kedua dengan aksi lebih meyakinkan dan hasilnya Adisak Kraisorn dan Sarach Yooyen meledak dua gol masing-masing minit ke-54 dan 56.

Ketika perlawanan menuju ke penghujung, Egy Maulana menyamakan kedudukan di minit 85 namun gol itu tidak cukup menafikan kejuaraan untuk menjadi milik Thailand. – Harian Metro

Oleh: Firdaus Hashim

Kredit foto: Yong Teck Lim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: