Berita | Ringgit dibuka rendah hari pertama dagangan 2022

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama 2022 dalam persekitaran mengurangkan kebimbangan mengenai varian Omicron COVID-19, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan rendah pada 4.1690/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1650/1680 pada Jumaat.

Menurut MIDF Research, walaupun ringgit ditutup tinggi pada Jumaat, dengan paras paling kukuh dalam tempoh 1.5 bulan dan turut mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak, unit tempatan mengakhiri tahun lalu merosot 3.5 peratus berikutan jangkaan yang tinggi terhadap perubahan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang mendorong permintaan yang tinggi untuk dolar AS.null

Pada masa ini, minyak mentah Brent diniagakan tinggi 0.9 peratus kepada AS$78.48 setong.

AmBank Research, dalam nota penyelidikan berkata ringgit dijangka diniagakan antara paras sokongan pada 4.1595 dan 4.1625 manakala paras halangan pada 4.1755 dan 4.1885.null

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0918/0952 daripada 3.0872/0899 pada Jumaat, bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.6158/6193 daripada 3.6186/6212.

Ia susut berbanding pound kepada 5.6344/6401 daripada 5.6277/6318 pada Jumaat dan rendah berbanding euro kepada 4.7360/7411 daripada 4.7194/7228 sebelum ini. – Bernama

Kredit foto: NST

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: