Berita | Keputusan tangguh umrah untuk jaga nyawa rakyat – Perdana Menteri

SEGAMAT: Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu adalah untuk menjaga nyawa rakyat, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan KKM itu yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Mesyuarat Khas Kabinet esok.

Katanya, KKM turut mengusulkan perbincangan mengenai isu berkenaan COVID-19 terutama berkaitan risiko penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah pada Mesyuarat Khas Kabinet itu.

“Esok kita ada Mesyuarat Khas Kabinet yang pertama membincangkan mengenai isu banjir, pasca banjir dan persediaan menghadapi gelombang kedua… cuma saya hendak maklumkan keputusan dibuat KKM lebih kepada menjaga nyawa, bagaimanapun, esok lah kita dapatkan laporan yang terperinci,” jelas Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong di sini, hari ini.Sabtu lalu, kerajaan membuat keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini berikutan penularan jangkitan varian Omicron.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan bakal jemaah yang sudah menempah tiket penerbangan ke Tanah Suci selain operator pelancongan yang menguruskan ibadah umrah.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Khas Kabinet esok juga akan turut menyentuh isu pasca banjir dan persediaan untuk menghadapi gelombang kedua bencana itu sekiranya berlaku. – Awani

kredit foto: TheMalaysianReserve

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: