Berita | Kerajaan wajar tanggung kos kuarantin umrah

PETALING JAYA: Kerajaan dan Kementerian Kesihatan digesa segera bertangggungjawab berhubung isu kos kuarantin yang dikenakan terhadap jemaah umrah yang pulang dari tanah suci.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil maklum berkenaan isu tular baru-baru ini berkaitan jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah apabila mereka diminta untuk menjalani proses kuarantin di hotel-hotel ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Katanya, ini tentunya melibatkan kos kuarantin yang tinggi dan membebankan mereka. 

“Saya maklum akan isu tular baru-baru ini berkaitan jemaah yang pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Mereka dilaporkan diminta untuk menjalani proses kuarantin di hotel-hotel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kuarantin di rumah tidak dibenarkan sama sekali. 

“Ini tentunya melibatkan kos kuarantin yang tinggi dan membebankan mereka. Kerajaan atau kementerian bertanggungjawab mesti cepat dan tuntas dalam menangani isu ini dari terus melarat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Juani Munir Abu Bakar

Kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: