Berita | ‘Segerakan bantuan wang ihsan’
SEGAMAT: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan mangsa banjir dapat menggunakan wang berkenaan bagi membeli keperluan mereka dengan segera.
“Saya sudah beri arahan supaya wang ihsan mesti disegerakan. Jika boleh sebelum mangsa pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS), ia perlu diselesaikan.
“Sebelum ini agihan wang ihsan ambil masa antara tiga hingga enam bulan, namun sekarang ia perlu dipercepatkan,” katanya.null
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPS Balairaya Kampung Tandong, di sini, hari ini. – Berita Harian
Oleh: Mohamed Farid Noh
kredit foto: MalayMail