Berita | Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta

ALOR SETAR – Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, 44 ditemukan meninggal dunia di dalam kereta miliknya di hadapan sebuah pasar raya di sini pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum mereka menghubungi pihaknya.

Menurutnya, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut pada jam 4.07 pagi.

“Orang awam telah memaklumkan menemui seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dan berada di dalam sebuah kereta.

“Semasa mangsa ditemui oleh orang awam, enjin kereta tersebut masih lagi hidup,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Shukri berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah yang ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat wartawan tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat. – Sinar Harian

Oleh: Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: