Berita | 4 kes Omicron dikesan di Kelantan

KOTA BHARU: Empat kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Kelantan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Zaini berkata, empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.

“Tiga individu dijangkiti COVID-19 varian Omicron kategori satu dan mempunyai gejala, manakala seorang lagi kategori satu tidak mempunyai gejala.

“Semua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya ketika dihubungi hari ini.null

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan daripada KKM yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan empat kes varian Omicron membabitkan penduduk dari Kelantan.

Dr Zaini berkata, individu yang baru pulang dari luar negara disarankan supaya terus menjalani kuarantin wajib dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

“Langkah itu bagi mengelakkan penularan COVID-19, terutama varian Omicron kepada individu lain dan pada masa sama dapat mencegah penularan dalam komuniti,” katanya. – Berita Harian

Oleh: Hidayatidayu Razali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: