Berita | Bekas penjaga gol kebangsaan era 70-an Abdul Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol skuad kebangsaan pada Piala Asia 1976 dan 1980, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia akibat komplikasi jantung awal pagi ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di Facebook mengesahkan, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 68 tahun, meninggalkan isterinya Fatimahwati Dahlan dan lapan anak.

“Salam takziah diucapkan kepada waris dan keluarga Allahyarham Abdul Hamid. Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solehin. Seangkatan dengan mendiang Datuk R. Arumugam, mendiang Ong Yu Tiang dan mendiang Peter Rajah, Abdul Hamid bersaing hebat untuk mengawal gawang negara.

“Asalnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan oleh Allahyarham Jalil Che Din pada 1975, Abdul Hamid menembusi pintu skuad utama apabila dipilih menjadi penjaga gol kedua kepada Arumugam pada pusingan akhir Piala Asia di Iran pada 1976,” menurut FAM.

Arwah mula menggalas tanggungjawab selaku penjaga gawang utama negara pada 1979 untuk membantu skuad Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 1980 di Kuwait, menjuarai Pestabola Merdeka 1979 dan mengutip pingat emas Sukan SEA 1979.

Namun, atas sebab komitmen kerja, Abdul Hamid menarik diri daripada skuad pra-Olimpik 1980.

Di kancah liga domestik, Allahyarham menganggotai skuad Kelantan yang dibarisi nama-nama besar seperti Nik Fauzi Hassan, Mahadi Yussof, Kamaruddin Mohd Nor, Yassin Mohd Noor, Nik Salleh Nik Man dan Ramli Abdullah, menggantikan Awang Isa selaku penjaga gol utama Kelantan dari 1974 hingga berhijrah ke Sarawak pada 1985.

Abdul Hamid menemani mentornya yang juga bekas jurulatih negara, Mohamed Che Su menghabiskan dua musim di Kuching sebelum kembali ke Kelantan dan mengumumkan persaraannya.

Allahyarham kemudian meneruskan kerjaya selaku jurulatih penjaga gol bersama beberapa pasukan, termasuk Kelantan, Angkatan Tentera, KM Naza, Polis Diraja Malaysia dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

kredit foto: Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: