Berita | Azam Baki perlu jadi ‘gentleman’ jika yakin di pihak yang benar – PEMBELA

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bersifat ‘gentleman’ dengan membenarkan siasatan terhadapnya dijalankan jika yakin beliau berada di pihak yang benar.

Menurut Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya, beliau perlu letak jawatan atau paling kurang bercuti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.


“Tan Sri Azam tidak perlu bimbang terhadap siasatan oleh pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar,” katanya dalam satu kenyataan.

PEMBELA turut mendesak pihak polis dan pihak berwajib lain seperti Jawatankuasa Khas Parlimen diberikan laluan untuk melakukan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap kes yang melibatkan Azam Baki dan kes-kes lain melibatkan SPRM.

Tambah Aminuddin, dakwaan melibatkan Azam Baki adalah kes yang sangat serius yang membuatkan kepercayaan rakyat semakin hilang terhadap SPRM.

“Defisit kepercayaan terhadap SPRM bukannya baru berlaku, tetapi hasil dari pelbagai siri-siri skandal dalaman SPRM.“PEMBELA tidak pernah lupa bagaimana SPRM memandang sepi laporan-laporan yang PEMBELA lakukan dalam kes pencerobohan tanah khususnya di negeri Pahang (durian Musang King Raub, dsb) walaupun pelbagai bukti yang terbongkar seperti sudah terang lagi bersuluh,” katanya lagi.

Katanya, PEMBELA tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM. – Berita Harian

Oleh: Hakim Rahman

kredit foto: Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: