Berita | Pascabanjir: Penduduk perlukan bantuan lupuskan sampah

SANDAKAN: Penduduk Kampung Segaliud, Sandakan memerlukan bantuan mengangkut sampah sarap kesan bencana banjir baru-baru ini.Seorang penduduk berkata, pelbagai peralatan dan barangan mereka rosak akibat banjir.

Antaranya mesin basuh, almari, sofa dan pintu rumah turut kembang akibat terendam dalam air.

“Selepas banjir itu nampak agak teruk jugalah, kerosakan dari segi harta benda, mesin dalam rumah contoh macam mesin basuh, perabot seperti katil, almari.

“Yang lain-lain itu masih boleh diselamatkan tapi mungkin tidak bertahan lama. Dari segi pakaian, memang banyak yang terjejas sudah, ada yang langsung tidak boleh guna,” katanya.

Roslin berkata demikian ketika ditemui di Kampung Segaliud, Sandakan, pada Rabu.

Menurutnya, barangan rosak berkenaan ketika ini dikumpulkan di tepi jalan dan hanya dibiarkan begitu sahaja.

Namun ia perlu diangkat dan dibuang ke kawasan pembuangan sampah.

“Dari segi bantuan yang kami harapkan sekarang ini pengangkutan untuk muat sampah ini sebab sampah ini mungkin ada yang bukan dari rumah kami atau kawasan kami, tetapi yang dibawa arus.

“Jadi sekarang ini kami kekurangan pengangkutan bagi muat sampah untuk dibuang,” katanya.

Bagi Agus Salim, keadaan rumah mereka sangat teruk selepas banjir akibat lumpur yang sangat tebal dan sukar dibersihkan.

“Tiga hari sudah kami berturut-turut mencuci jadi esok tinggal bahgaian inilah, di luaran, jadi bleh siap esok, bermakna empat harilah.

“Ia memakan masa kerana kami terpaksa membuang lumpur dulu sebelum membersihkan rumah,” katanya.

Namun, dia bersyukur ramai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat datang membantu membersihkan rumah mereka. – Awani

Oleh Radhi Muslim

kredit foto: Gambar Hiasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: