Berita | Hanya upacara ‘paal koodam’ dibenar ketika Thaipusam

Georgetown: Hanya upacara ‘paal koodam’ atau membawa belanga berisi susu sahaja yang dibenarkan pada sambutan Thaipusam di Pulau Pinang, tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB), Profesor P Ramasamy berkata, keputusan itu dibuat selepas PHEB serta persatuan kuil mengadakan perbincangan dengan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique semalam.

Katanya, perarakan membawa kavadi, nazar mencukur rambut, pecah kelapa, pengedaran makanan percuma dan gerai jualan tidak dibenarkan pada sambutan Thaipusam.

“Perarakan membawa pedati akan dilakukan namun, ia dihadkan kepada 500 pengikut. Ia diadakan di lima lokasi terpilih serta tidak akan berhenti di semua tempat seperti sebelum pandemik.null

“Mereka yang mengikuti perarakan pedati akan diberi pas khas yang memerlukan mereka melakukan pendaftaran awal bagi mendapatkan pas berkenaan,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Ramasamy berkata, pihaknya turut mencadangkan aktiviti membawa paal koodam itu dilakukan seminggu lebih awal daripada tarikh Thaipusam bagi mengelakkan berlaku kesesakan serta pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh penganut yang hadir.

“Thaipusam akan disambut pada 18 Januari ini, jadi kita minta aktiviti membawa belanga berisi susu itu dilakukan lebih awal iaitu bermula 12 Januari.

“Kita akan perhalusi semua SOP bagi sambutan Thaipusam selepas mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kuil Hilltop Arulmigu Balathandayuthapani, R Subramaniam berkata, penganut yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 sahaja dibenar melakukan aktiviti paal koodam serta mengikut perarakan pedati.

“Memandangkan kuil akan disanitasi setiap 30 minit sekali gus menyebabkan penganut menunggu lebih lama, kita harap hanya mereka yang sihat dari segi fizikal dapat menyertai upacara kali ini.

“Selain itu, kita juga meminta mereka yang hadir bagi melakukan ujian calitan kendiri Covid-19 bagi mengelakkan berlaku Kluster Thaipusam,” katanya. – Harian Metro

Oleh: Zuhainy Zulkiffli

kredit foto: NST

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: