Berita | Maut dibaham harimau, mayat ngeri ditemui

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut selepas diserang seekor harimau belang jantan ketika sedang membuang air kecil di belakang rumahnya.

Malah mangsa dikatakan sempat diseret haiwan liar itu sebelum mayatnya ditemui pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).nullnull

Perkara itu dimaklumkan salah seorang penduduk berhampiran Kampung Orang Asli Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan tadi.

Dia yang enggan namanya didedahkan memaklumkan harimau jantan itu sudah mula mengganggu penduduk sejak malam semalam.

“Penduduk kampung itu diserang ketika keluar mencari ikan untuk menyambut pesta padi malam semalam. Kami dikejar haiwan buas itu namun berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Namun pagi tadi salah seorang penduduk kampung berusia 59 tahun diserang harimau ketika membuang air kecil di belakang rumahnya sekitar jam 9 pagi.

“Anak perempuan mangsa yang sedang menumbuk padi mengesyaki sesuatu berlaku terhadap ayahnya selepas terdengar bunyi anjing menyalak kuat.

“Penduduk kampung ini kemudian pergi memeriksa di belakang rumah mangsa sebelum menemui kesan darah.

“Tidak lama kemudian penduduk terserempak sekali lagi harimau itu. Harimau itu cuba menerkam namun sempat dibaling dengan lembing hingga mengenai matanya,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian pasukan Perhilitan tiba dan mengarahkan semua penduduk berkurung sementara di dalam rumah.

“Apa yang saya tahu mereka cuba menjejaki harimau belang itu. Harimau belang seberat lebih 100 kilogram itu berjaya ditemui mereka tengah hari tadi di hutan berhampiran.

“Namun pihak Perhilitan terpaksa melepaskan tembakan selepas harimau itu cuba menyerang mereka. Harimau itu berjaya dibunuh dan dibawa keluar dari hutan.

“Dalam masa sama mayat Anek (mangsa) berjaya ditemui di dalam hutan. Dia dipercayai diseret harimau itu,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung berterima kasih terhadap tindakan pantas Perhilitan yang berjaya menjejaki harimau belang itu.

Dalam kejadian 6 Julai lalu, seorang lelaki, Adin Andok, 45, parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri akibat diserang harimau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai.

Mangsa bagaimanapun sempat diselamatkan anaknya yang menyedari kejadian itu. – Harian Metro

Oleh: Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: