Berita | Polis siasat Azam

KAJANG: Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengikut Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata laporan polis yang dibuat terhadap Azam berhubung kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

“Kalau dilihat kesalahan yang dilaporkan, ini berkaitan dengan akta SC. Mereka akan membuat siasatan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima maklum berhubung perkembangan siasatan berkenaan.

“Sekiranya ada kesalahan lain yang wujud, pihak polis akan memulakan satu lagi siasatan dan kertas siasatan baru akan dibuka,” katanya selepas menghadiri program membantu mangsa banjir, anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, di sini.

Sebelum ini SC memaklumkan akan memanggil Azam bagi mendapatkan penjelasan lanjut, selain mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam serta mengumpulkan bukti.

Terdahulu, tengah hari tadi beberapa Ahli Parlimen PKR membuat laporan polis terhadap Azam susulan pengakuan akaun sekuritinya digunakan oleh adik beliau, bagi membeli kepentingan dalam beberapa syarikat.

Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, turut menuntut supaya Azam direhatkan daripada jawatan sementara siasatan dijalankan.

Pembangkang juga meminta siasatan dilakukan badan bebas seperti Parlimen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Siasatan Diraja. – Berita Harian

Oleh: Safeek Affendy Razali, K Priya

kredit foto: TheSunDaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: