Berita | Tun Mahathir dimasukkan ke IJN, jalani prosedur perubatan elektif

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menerusi satu kenyataan media, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terkini, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir,” memetik kenyataan itu.

Pada 16 Disember tahun lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar seminggu kemudian. – Awani

kredit foto: Daily Express

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: