Berita | Arab Saudi mengkhususkan 34 laluan tawaf di Masjidil Haram

RIYADH: Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengkhususkan 34 laluan di kawasan tawaf untuk jemaah umrah susulan peningkatan kembali ancaman COVID-19, terutama varian Omicron.

Saudi Gazette melaporkan, ia adalah antara langkah yang diperketatkan bagi pencegahan penularan wabak coronavirus di Masjidil Haram.

Pengarah Pentadbiran Perancangan Awam, Ayman Falamban, berkata semua persediaan yang perlu sudah diselaras bagi memudahkan jemaah melaksanakan ibadah umrah mengikut masa-masa tertentu.

Antara langkah diambil termasuk meletakkan pelekat penjarakan fizikal pada laluan tawaf bagi memastikan jemaah mematuhi standard penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“Kami komited untuk melaksanakan semua standard keselamatan dan kualiti bagi pelawat di Masjidil Haram dengan menetapkan prosedur seperti penjarakan fizikal dan penggunaan beberapa laluan tawaf.

“Ia bertujuan menambah baik tahap perkhidmatan yang ditawarkan ketika musim umrah dan pada masa sama, menegaskan semula kepentingan jemaah mematuhi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Arab Saudi buat pertama kali merekodkan jangkitan harian COVID-19 melebihi 3,000 kes Rabu lalu dan kelmarin mencatatkan 3,575 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua mangsa dilaporkan maut akibat coronavirus dalam tempoh 24 jam, meningkatkan jumlah kumulatif kematian kepada 8,890 kes, di negara yang mencatatkan 572,225 kes jangkitan setakat ini.

Menurut kenyataan sama, 117 pesakit COVID-19 kini berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) – AGENSI

kredit foto: Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: