Berita | COVID-19 : Malaysia catat 3,251 kes baharu, 16 kematian
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 3,251 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,783,331.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 16 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,644 kematian. https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/vaksin/id/340571 Jumlah itu juga termasuk dua kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Setakat ini, 243 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 113 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,161 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,711,900Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.2 peratus atau 3,193 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus atau bersamaan 58 kes.Dalam pada itu, dua kluster baharu turut dikesan dengan 176 kluster masih lagi aktif sementara 5,982 kluster telah diisytiharkan tamat. – AWANI
Oleh: Eton Khir
kredit foto: MalayMail