Berita | Zuraida mahu fokus ekonomi, bukan politik

SHAH ALAM – Keutamaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin pada masa ini ialah menstabilkan ekonomi negara dan bukan memikirkan hala tuju politik.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, fokus beliau ialah menyelesaikan amanah di peringkat kementerian bagi membantu meningkatkan pendapatan negara.

Menurut Zuraida, kerja-kerja meningkatkan pasaran sawit dan pendapatan negara lebih penting dalam keadaan pasca pandemik kini.

“Kita harus berusaha mengembali dan menstabilkan ekonomi negara, itu yang utama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir di Pengkalan, Alor Gajah, Melaka pada Ahad.

Zuraida dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dua Ahli MPT Bersatu yang disebut-sebut bakal menyertai parti baharu iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ia berikutan beberapa pemimpin PBM merupakan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Mohamed Azmin dan Zuraida sebelum ini.

Antaranya ialah Timbalan Presiden I PBM, Haniza Mohamed Talha; Ketua Wanita, Daroyah Alwi dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dipilih sebagai Presiden PBM dalam Mesyuarat Khas Persidangan Agung parti itu pada Sabtu.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menyertai Bersatu pada tahun lalu turut tersenarai dalam kepimpinan baharu PBM iaitu ADUN Buntong, A Sivasubramaniam yang dilantik sebagai Naib Presiden Kanan II dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sebagai Bendahari Agung.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan presiden baharu parti itu, Larry Sng yang mengatakan parti berkenaan tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas mendengar suara akar umbi, Zuraida bagaimanapun menegaskan, beliau tidak ambil maklum berhubung perkara itu

“Saya tiada maklumat mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Larry itu,” ujar beliau. – SINAR HARIAN

Oleh: Farah Shazwani Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: