Berita | NGO perlu semak keperluan mangsa banjir, elak pembaziran

SEREMBAN – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat membantu mangsa banjir disaran menyemak bentuk bantuan yang diperlukan bagi mengelakkan pembaziran.

Presiden NGO Bridged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, pembaziran mungkin berlaku jika mangsa banjir menerima banyak sumbangan yang sama.

Sehubungan itu, beliau menyarankan bantuan yang mahu disampaikan perlulah berfokus.

“Jika ada yang memberi makanan, semua penyumbang juga mahu memberi makanan yang akhirnya berlaku lambakan.

“Mungkin selepas ini boleh beri bantuan barangan elektrik,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum itu, beliau memberitahu, sebanyak 400 kit ibadah dan beg sekolah disumbangkan oleh pertubuhan berkenaan kepada mangsa banjir di kawasan Rantau dan Kampung Jimah Lama di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, ia adalah antara barangan keperluan yang rosak ditenggelami banjir.

“Sebelum kita buat keputusan memberi sumbangan, kita tanya dulu beberapa penduduk yang terjejas mengenai keperluan mereka.

“Kalau nak bagi makanan, ia sudah lebih mencukupi. Kita sebaiknya beri apa yang mereka perlukan, bukannya apa yang kita rasa mereka perlu,” katanya

Dalam pada itu katanya, pertubuhan itu juga giat membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir di negeri yang terjejas. – Sinar Harian

Oleh: Syamilah Zulkifli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: