Artikel | Ini Salah Dr. Faiz!

Kawan saya pernah cakap, orang BERSATU adalah orang UMNO yang gagal. Saya tak percaya. Masakan Tun Mahathir dulu menghimpun orang-orang gagal dalam partinya?. Jadi, pendapat kawan itu bagaikan angin berlalu, saya biarkan.

Tapi pendapat kawan tadi saya pertimbangkan semula apabila salah seorang Anggota Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mendesak kerajaan menamatkan segera kontrak lantikan mana-mana ahli politik yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Saya bukanlah ahli parti PBM. Cuma, desakan doktor ini bingung.

Kalau ini tindakan beliau menyokong partinya (BERSATU), ini sokong bawa rebah. Desakan menamatkan kontrak ahli politik jelas menunjukkan amalan melantik ahli politik memegang jawatan dalam GLC sedang diamalkan BERSATU.

Kata lainnya, BERSATU memang melakukan amalan lantikan politik dalam pentadbirannya.

Ketika Dr. Faiz mendesak dengan garang demi partinya, dia sedang mengakui BERSATU sedang melakukan amalan rasuah dalam melantik jawatan dalam GLC.

Dr. Faiz hebat, dia merasionalkan desakannya tadi dengan alasan tindakan memecat ini untuk mewujudkan keserasian agenda dalam hal membuat dasar serta mengelak kebarangkalian disabotaj oleh pihak luar yang tidak bersama kerajaan Malaysia.

Dalam hebatnya Dr. Faiz, dia tidak sedar bahawa PBM yang dituduh sebagai pihak luar merupakan sebuah parti yang terbuka untuk semua kaum di Malaysia dengan agenda mengangkat suara wanita dan anak muda Malaysia!

Jadi, apakah mereka yang ingin bersama bersepakat dengan semua rakyat tanpa diskriminasi kaum ini dianggap sebagai pihak luar?

Bukankah tindakan menafikan kebersamaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini dan menuduh mereka sebagai pihak luar merupakan suatu tindakan yang rasis?

Dikala Malaysia berdepan dengan ketakstabilan pentadbiran, Dr. Faiz masih lagi bermain dengan politik curiga bimbang disabotaj.

Walhal pentadbiran kerajaan sedang giat mengukuhkan kesepakatan dengan tema Keluarga Malaysia hinggakan pembangkang sepakat memainkan peranan untuk bangun bersama.

Malah, mengikut pembacaan media perdana, PBM terang menyatakan menyokong kerajaan yang sedia ada di bawah Pentadbiran Ismail Sabri. Maknanya mereka adalah ‘part of government’, bukanlah pihak luar sebagaimana didakwa Dr. Faiz.

Jadi, bukankah wajar saya mempertimbangkan pendapat kawan tadi? Jangan salahkan saya mahupun kawan saya.

Ini salah Dr. Faiz! – PPI

Oleh: Sallehin Jonet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: