Berita | Bekas pengurus GLC, dua anak direman bantu kes salah guna kuasa

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa membabitkan pemberian projek bernilai lebih RM50,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pagi tadi.

Suspek pertama berusia 61 tahun yang selesai reman bagi kes lain ditahan semula di Pejabat SPRM di sini bersama dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 28 dan 34 tahun antara jam 4 hingga 4.30 petang semalam.

Penahanan semula suspek dilaporkan bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa membabitkan pemberian projek kepada dua anaknya bernilai lebih RM50,000.

Ketiga-tiga suspek itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 8.25 pagi diiringi kakitangan SPRM.

Kesemua suspek diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin.

Malam tadi, media melaporkan seorang bekas pengurus syarikat GLC yang selesai reman berkaitan kes rasuah bernilai kira-kira RM500,00 bagi dapatkan kerja kontrak perladangan, ditahan semula SPRM, petang semalam.

Suspek berkenaan dilaporkan sepatutnya dibebaskan daripada tahanan reman semalam, berkaitan kerja kontrak perladangan, selepas direman sejak 6 Januari lalu.

Pada 6 Januari lalu, bekas pengurus syarikat GLC itu ditahan sebelum direman bersama seorang lagi pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes kontrak perladangan berkenaan.

Manakala pengurus syarikat yang juga berusia 61 tahun, dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman lima hari terhadapnya tamat semalam.

Menurut sumber, sekitar Disember tahun lalu, suspek yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus GLC di Segamat telah memberikan beberapa kerja projek kepada dua anaknya yang memiliki syarikat sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekas pengurus GLC itu dan dua anaknya mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BH ONLINE

oleh: Mohamed Farid Noh

kredit foto: KualaLumpurPost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: