Berita | ‘I have nothing to hide’ – Abu Zahar sedia disiasat, serah kedudukan kepada Agong

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menyatakan kesediaan disiasat mana-mana pihak atau agensi, berhubung kenyataannya mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM itu pada sidang media khas sebentar tadi turut kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan enam ahli lembaga itu, baru-baru ini.

“Sukacita saya menegaskan bahawa saya bersedia untuk mana-mana pihak atau organisasi menyiasat saya pada bila-bila masa. Dan saya tak khuatir, kerana apa yang kami (buat) ialah semua benar belaka.

“Sebagaimana yang telah saya tegaskan daripada mula-mula lagi bahawa, yang lebih penting ialah kedudukan Institusi SPRM mendapat sokongan daripada rakyat.”Yang tujuan utamanya memerangi gejala jenayah rasuah dan salah guna kuasa tanpa khuatir, without fear or favour,” katanya.

Abu Zahar juga berkata, beliau menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR.

Beliau turut mendakwa, kenyataan penuh 13 muka surat yang diedarkan pada 5 Jan lalu tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sesetengah media sehingga menyumbang salah tanggap dalam kalangan masyarakat.

“Terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan ‘alegasi salah laku’ terhadap Azam, yang telah diberi pandangan dan pendapat oleh LPPR, tetapi itupun tidak disentuh dan dilaporkan media.

“Apatah lagi, video berkaitan sidang media yang tertular, cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya.

“Walau apapun, saya sebagai Pengerusi LPPR sememangnya sedar dan tahu bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM, dan cuma mempunyai kuasa untuk memberi pandangan dan cadangan tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu, selari dengan peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta 694,” katanya.

Tambah Abu Zahar, LPPR juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku khususnya berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.Sebelum ini, enam ahli LPPR menyangkal penjelasan Abu Zahar berhubung dakwaan pemilikan saham Azam di beberapa syarikat.

Malah, mereka menegaskan, kenyataan Abu Zahar pada 5 Jan lalu adalah pendapat peribadinya. – AWANI

oleh: Hasimi Muhamad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: