Berita | Contohi Thailand, haramkan pembalakan komersial, gesa aktivis

PETALING JAYA: Seorang aktivis alam sekitar menggesa kerajaan mengharamkan pembalakan komersial untuk mengelakkan bencana banjir yang mendatangkan banyak kemusnahan.

Shariffa Sabrina Syed Akil berkata Malaysia harus mencontohi Thailand, yang mengharamkan pembalakan komersial pada 1989 susulan bencana banjir yang mengorbankan lebih 350 orang.

Larangan itu susulan perintah yang dikeluarkan oleh Raja Thailand.

“Kita patut melakukan perkara sama. Thailand amat serius dalam menjaga hutannya. Mana-mana orang yang ditangkap melakukan pembalakan di Thailand akan dihukum tembak,” katanya kepada FMT.

Shariffa Sabrina yang mengetuai Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) berkata demikian ketika mengulas isu pembalakan yang dikaitkan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Terdapat beberapa dakwaan bahawa aktiviti pembalakan secara berleluasa telah menyumbang kepada banjir besar yang menenggelami sehingga sembilan negeri.

Beberapa kerajaan negeri telah menolak dakwaan itu.

Beliau mengakui bahawa pengharaman terhadap aktiviti pembalakan akan menyebabkan kerugian hasil tetapi pemimpin politik yang mengeluh mengenai perkara itu tidak berfikir panjang.

“Pembalakan mendatangkan hasil berjuta-juta, tetapi apabila semua pokok hilang, siapa yang mahu datang ke negara kita?” katanya.

“Hutan hujan kita adalah antara yang paling indah di dunia. Apabila hutan hilang, tidak akan ada lagi pelancongan eko, yang bersifat jangka panjang dan mampan.”

Shariffa Sabrina memiliki rangkaian pusat peranginan mesra alam.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata walaupun tidak menyokong larangan sepenuhnya terhadap pembalakan komersial namun Malaysia perlu menyemak semula dasar pembalakan segera memandangkan terdapat kesan perubahan iklim.

Katanya, geran kerajaan persekutuan dan akses kepada dana antarabangsa adalah penting dalam melindungi dan memulihkan hutan negara. – FMT

Oleh: Jason Thomas

kredit foto: Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: