Berita | 3,684 kes Covid-19, 8 kluster baharu

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 3,684 kes baharu Covid-19 berbanding 3,292 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 2,726,891 daripada 2,798,917 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 192 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 178 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 14 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

Sementara itu, 91 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 70 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 21 kes masih dalam siasatan.

Hisham berkata, terdapat 321 kes import dan baki 3,363 kes jangkitan tempatan membabitkan 3,274 warganegara serta 89 warga asing.

Daripada jumlah kes baharu itu hanya 0.9% termasuk dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 0.99, dengan Sabah, Putrajaya dan Kuala Lumpur mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.08, diikuti Negeri Sembilan dan Melaka (1.02).

Hisham berkata, lapan kluster dilaporkan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hisham berkata, empat kes baharu penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan 2,459 kes sehingga kini. – FMT

kredit foto: BenarNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: