Artikel | Industri Sawit : 2021 Cipta Sejarah, 2022 Bagaimana?

Pada 2021, industri minyak sawit Malaysia mencipta sejarah apabila harga purata minyak sawit mentah (MSM) melonjak 64.1 peratus menjadi RM4,407.00 per tan. Pecah rekod!

Menurut Menteri KPPK, Zuraida Kamaruddin, harga purata MSM bulanan dan harian mencapai kemuncak sejarahnya apabila pada November 2021 iaitu RM5,341.00 satu tan dan RM5,429.00 per tan pada 19 November 2021.

Kesannya, peningkatan ketara dalam jumlah hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit lain sebanyak RM29.28 bilion dan RM102.34 bilion.

Nampaknya 2021 memang tahun gemilang buat industri sawit. Senyum lebar abang-kakak yang ada kebun sawit di kampung. Tapi, bagaimana dengan tahun 2022?

Dalam Kajian Ekonomi Minyak Sawit dan Seminar Tinjauan (R&O) 2022 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), semalam menunjukkan prospek yang lebih besar buat industri sawit.

Kajian itu menunjukkan pada 2022, penawaran dan permintaan terus stabil seperti yang dijangkakan dan pemulihan daripada situasi kekurangan buruh. Ya, masalah utama industri ini ialah kekurangan tenaga buruh dan perkara ini sudah pun ditangani melalui pertemuan dua hala Malaysia-Indonesia.

Sebagai negera pengeluar sawit, tentunya permintaan yang meningkat dalam sektor HORECA (hotel, restoran dan kafe) menjelang 2022 menjadi berita baik buat industri ini.

Malahan, kajian itu melihat eksport dijangka bertahan dengan prospek minyak global yang lebih baik dan dasar perdagangan yang menggalakkan di negara pesaing dan pengimport.

Semoga tahun 2022 berjaya mengulang kejayaan 2021 industri yang memberi sumbangan besar kepada KDNK negara. Majulah industri sawit demi Malaysia lebih baik. – PPI

Oleh: Kadir Alor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: