Artikel | Teori Kamal Hatta: Rafizi Tunjuk Pandai Negara Tergadai

Dalam dinamik politik moden, ada satu perkara penting yang kita panggil sebagai ‘persepsi’. Pentingnya persepsi ini kerana ianya berupaya mengolah persetujuan demi kepentingan bersama. Benda ini yang Rafizi Ramli gagal faham apabila mengkritik petikan video Zuraida berucap berkenaan cabaran sawit Malaysia berdepan dengan fitnah EU dan Amerika untuk mengekang industri ini yang sedang mencanak naik.

Ketika Zuraida bersama kementeriannya ‘berperang’ maklumat dengan persepsi buruk kempen anti-sawit daripada EU dan Amerika untuk kelangsungan ekonomi pekebun sawit dan industri, Rafizi hanya nampak Orang Utan bunuh manusia dan di Malaysia ada singa.

Rafizi memang mempunyai hak untuk menjahanamkan imej atau mengolah maklumat lawan politiknya agar terus dilihat bijak dan mantap. Tapi apakah Rafizi tidak terfikir bermain politik dangkal ini memberi kesan kepada ribuan pekebun sawit yang berhadapan cabaran tohmahan dari EU dan Amerika?

Apabila Rafizi mengambil petikan ucapan Zuraida di luar konteks, kesannya muncul segelintir NGO termasuk aktivis alam sekitar dan individu yang mahu dilihat relevan menyambut dan memanjangkan kata Rafizi seolah-olah Malaysia berhadapan dengan kepupusan binatang liar akibat industri sawit.

Sekarang, sektor sawit serta industrinya bukan saja berdepan dengan kempen anti-sawit dari EU dan Amerika, malahan dari mainan persepsi dangkal Rafizi Ramli. Lebih malang, aktivis artis yang tidak tahu hujung pangkal pun tumpang semangkuk agar kekal melawan dan relevan.

Sewajarnya, Rafizi dan Fahmi gunakan pengaruh politik dan kepandaian buat poster untuk melawan kempen anti-sawit yang dimainkan EU dan Amerika. Beritahu dunia tentang dakyah yang mengatakan minyak sawit hasil keluaran negara ini tidak berkhasiat adalah tidak berasas. Sebarkan juga pembohongan kempen anti sawit yang mengatakan kita sudah tebang pokok dan tidak tanam pokok semula kerana kita mempunyai polisi berapa peratus tanah yang boleh dipakai dan juga penyahutanan.

Bukankah meningkat taraf hidup masyarakat lingkungannya matlamat seorang negarawan dan seniman? Atau Orang Utan bunuh manusia lebih sensasi untuk tunjuk pandai, negara tergadai! – PPI

Oleh: Mohd Musleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: