Berita | 462 kes baharu varian Delta dikesan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 462 kes baharu varian Delta, bagi tempoh antara 19 Januari hingga hari ini.
Sebanyak 278 kes varian membimbangkan (VOC) itu dikenal pasti oleh Institut Kesihatan dan Komuniti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS), Institut Genom dan Vaksin (155 kes), Institut Penyelidikan Perubatan (18 kes) serta Fakulti Perubatan Universiti Malaya (11 kes).null
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan VOC dan varian berkepentingan (VOI) di negara ini sebanyak 6,894 kes.
“Sebanyak 6,874 kes adalah VOC, manakala 20 kes ialah VOI.
“Secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC, sebanyak 6,188 kes membabitkan varian Delta, 439 kes Omicron, 233 kes Beta dan 14 kes Alpha.
“Bagi VOI pula, 13 kes membabitkan varian Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Berita Harian
Oleh: Luqman Arif Abdul Karim
Kredit foto: Deseret